Tuesday, November 15, 2011

Salam Selasa yaww ~

Assalammualaikum and hola everyone !

Heee.. ari nie aku xde benda nak merapu sbnrnye tp jari nie duk gatal nak menaip..
*x puas2 menaip gamaknye..*

So ari nie aku nak berkongsi beberapa hadith Rasulullah s.a.w kekasih hati kite semua untuk renungan..

Sabda Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam :

"Semua masuk neraka kecuali satu"
Apakah mereka yang masuk neraka itu akan kekal di dalamnya ataukah masuk neraka terlebih dahulu kemudian dikeluarkan..?

Apabila kita berpendapat bahawa mereka akan kekal dalam neraka maka pendapat ini hanya berlaku untuk orang-orang kafir yang belum tersentuh hatinya dengan iman kerana yang kekal dalam neraka itu hanyalah orang-orang musyrik sesuai dengan ijmak berdasarkan firman ALLAH subahanahu wa ta'ala :

إن الله لا يغفر أن شرك به و يغفر ما دون ذالك لمن يشاء ومن يشرك بالله فقد افتر إثما عظيما

Ertinya : "Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengampuni dosa berbuat syirik tetapi mengampuni dosa selain yang demikian. Barangsiapa yang berbuat syirik terhadap ALLAH, maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar"

(Surah An Nisa' : 48)

Sekiranya kenyataan seperti ini maka bagaimana mungkin kita boleh mengutamakan dari tubuh umat Islam yang besar ini satu kelompok yang mengaku dengan Firqah Najiah di mana kelompok itu sahaja yang selamat dari kekal di dalam neraka sedangkan kaum Muslimin yang lain - sesuai dengan pengakuan mereka akan kekal semuanya dalam neraka? Padahal mereka itu adalah orang-orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah dan RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam telah menghukumkan mereka sebagai ahlul jannah dan termasuk orang-orang yang selamat (dari kekal dalam neraka) ? Di dalam sahih Bukhari pada hadith no 44, Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda :

يخرج من النار من قال لا إله إلا الله وفي قلبه وزن شعيرة من خير ويخرج من النار من قال لا إله إلا الله و في قلبه وزن برة من خير ويخرج من النار من قال لا إله إلا الله وفي قلبه وزن ذرة من خير

Ertinya : "Akan keluar dari dalam neraka orang-orang yang mengucapkan La ilaha illaLLah, sedangkan dalam hatinya terdapat kebaikan seberat satu helai rambut dan akan keluar dari dalam neraka orang-orang yang mengucapkan La ilaha illaLLah sedangkan dalam hatinya terdapat kebaikan seberat biji gandum dan akan keluar dari dalam neraka orang-orang yang mengucapkan La ilaha illaLLah sedangkan dalam hatinya terdapat kebaikan seberat zarrah "



Tersebut dalam Sahih Bukhari juga pada hadith no 7072 :

يقول الله تعالى : وعزتي وجلالي وكبريائي وعظمتي لأخرجن منها (أي من النار) من قال لا إله إلا الله



Ertinya : ALLAH subahanahu wa ta'ala berfirman : Demi kemuliaan, ketinggian, kebesaran dan keagunganKu sesungguhnya Aku akan mengeluarkan dari dalam neraka siapa sahaja yang telah mengucapkan La ilaha illaLLah"



Tersebut dalam sahih Ibnu Khuzaimah pada hadith no 1231 bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda :


من قال لا إله إلا الله دخل الجنة

Ertinya : "Barangsiapa mengucapkan La ilaha illaLLah maka dia pasti masuk syurga"



Dalam sahih Ibnu Hibban hadith no 169 dari Abi Dzar radiyaLlahu 'anhu, dia berkata : Bersabda RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam :

Barangsiapa mengucapkan La ilaha illaLlah maka dia pasti masuk syurga". Aku bertanya: "Wahai RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam walaupun dia telah berzina dan mencuri?" RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam menjawab: "Walaupun dia telah berzina dan mencuri".



Dalam Mustadrak al Hakim hadith no 7638 disebutkan bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda :

من قال لا إله إلا الله دخل الجنة ووجبت له الجنة

Ertinya : "Barangsiapa mengucapkan La ilaha illaLLah maka dia pasti masuk syurga dan itu adalah pasti".



Ibnu Hibban mengeluarkan dalam sahihnya hadith no 3004 bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda :


لقنوا موتاكم لا إله إلا الله فإنه من كان اخر كلمته لا إله إلا الله عند الموت دخل الجنة وإن أصابه قبل ذالك ما أصابه

Ertinya : "Ajarilah orang-orang yang akan mati di antaramu kalimah La ilaha illaLlah kerana barangsiapa yang akhir ucapannya di ketika mati adalah La ilaha illaLlah maka dia pasti masuk syurga walaupun sebelumnya dia banyak melakukan dosa kesalahan"



Hadith yang seperti ini juga dikeluarkan oleh al Hakiim dalam al Mustadrak pada hadith 1299, Abu Daud dalam sunannya pada hadith no 3116 dan at Turmuzi dalam sunannya hadith no 977.

Sesudah memerhatikan beberapa hadith di atas maka bagaimana mungkin mereka yang telah mengucapkan La ilaha illaLLah Muhammad RasuluLlah itu kita hukumkan sebagai orang-orang yang kekal dalam neraka kerana beranggapan bahawa mereka itu bukan termasuk Firqah Najiah - menurut persangkaan mereka?

SubhanALLAH, ini adalah kebohongan yang nyata dan penolakan terhadap hadith-hadith sahih serta satu kebohongan terhadap riwayat-riwayat yang mutawattir.

Jika mereka berpendapat bahawa makna dari : "Semua mereka masuk neraka kecuali satu (golongan) sahaja" adalah masuk neraka terlebih dahulu kemudian dikeluarkan darinya maka saya bertanya: "Dari mana mereka yang mengaku dirinya sebagai Firqah Najiah itu mengetahui bahawa kelompok mereka tidak akan diazab oleh ALLAH dan bahawa mereka akan masuk syurga tanpa hisab padahal ketetapan perkara ini harus menggunakan wahyu dan wahyu sudah terputus..?

ALLAH subahanahu wa ta'ala berfirman :

قل هاتوا برهانكم إن كنتم صادقين

Ertinya : "Katakan (wahai Muhammad): "Datangkanlah bukti-bukti kamu jika memang kamu orang-orang yang benar

(Surah al Baqarah : 111)
ALLAH subahanahu wa ta'ala juga berfirman :

وقالو لن تمسنا النار إلا أياما معدودة قل أتخذتم عند الله عهدا فلن يخلف الله عهده أم تقولون على الله ما لا تعلمون

Ertinya : "Dan mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak akan disentuh oleh api neraka kecuali selama beberapa hari sahaja". Katakanlah : "Sudahkah kamu menerima janji dari ALLAH sehingga ALLAH tidak akan memungkiri janjiNya ataukah kamu hanya mengatakan terhadap ALLAH apa yang kamu tidak ketahui?"

(Surah al Baqarah: 80)
Jika ucapan ALLAH subahanahu wa ta'ala terhadap orang-orang Yahudi sedemikian kerasnya padahal mereka tidak pernah menghukum keadaan ummat lain di akhirat nanti - melainkan kesalahan terbesar mereka terletak pada keyakinan bahawa diri mereka akan dikeluarkan dari neraka sesudah melewati beberapa hari sahaja tanpa ada pemberitahuan kepada mereka dari ALLAH subahanahu wa ta'ala - lalu bagaimana dengan keadaan satu kelompok yang meyakini bahawa diri mereka pasti akan masuk syurga sedangkan kelompok lain yang juga bertauhid dan beriman serta mengucapkan dua kalimah syahadah adalah penghuni neraka lantaran dosa-dosa yang mereka perbuat.. ?

Padahal kita semua mengetahui bahawa dosa itu bagaimana besar dan banyaknya tetap sahaja urusannya itu kembali kepada ALLAH subahanahu wa ta'ala.

*CREDIT TO JIWANG : ILMIAH FORUM*

-with love-

Thursday, November 10, 2011

Maxis Cross Line?? ~

Assalammualaikum and Hola..

Alhamdulillah setelah sekian lame aku tak update blog..
Akhirnyeeeee...!! :D

Hurm windoo gak aku kat blog nie..
Tapi apekan daya..
Lately ni banyak sgt benda yg happen..
Yang tak dpt di bendung lagi..

Ok-2 back to basic..

Ari nie aku nak bercerita tentang cross line..
Bukan cross line pancung awek tu ye cheq..
Nie cross line hand phone..

Nak di jadikan cite..
Tdi dlm kul 11.45am
Aku dgn jaya nye dpt mencuri sdikit mase untuk cal si dia..
Almaklum la dia masuk keje petang..
Usually time2 cam gini dia dh sms aku..
Tapi ya adddooo..
So aku assume dia tidoq lg la..
So aku pun cal..

Call punye call tetibe ade pompuan angkat..
Memula aku igt mmg aku salah dial number la..
Aku say sorry then letak je la phone tu..
Then aku call balik..
Pompuan yg same angkat..
Aku dah naik pelik sebb mase aku dial kali kedua td aku tekan no tu pelan pelan.. *sejibik sejibik la*

Aku ni plak jenis kalau tak puas ati and rase ade tak kene aku mesti cube lg..
Then aku pun terus dial no yg same dgn begitu pelahan ye anak2..
TETAAAAAPPPPPP pompuan tu yg angkat..
Then aku tya la..
Dia kat mana?
Dia kate dia kat dengkil..
DENGKILLL???!!!
Then aku mintak tlg dia ulang no yg aku dial tu *which is no dia la*
Then no yg dia sebut adalah no Incik Abang aku..

Aku call Incik Abg gune hp aku..
Dia pick up ngan sore betoi2 baru bangun tidoq..
Aku cite la td aku duk cal byk kali pompuan angkat..
Dia leh gelak...
Then dia kate dia nak try cal no dia sendiri nak dgq sape angkat..
*sound kat belakang mmg sgt lain ye.. huhuhhuh*

Hurmmm mmg line HP ni snang cross line ke eh?
Pelik jee...
Klau mmg snng nak cross line...
No wonder la ade mangkok2 tingkat besi burok yg sentiasa dpt trace aku ngan cik abg pakai no mane..
Hahahahaha..

-with love-

Thursday, October 13, 2011

PLWEEEASSS MAMA ~

Assalammualaikum & Hola..

As TITLE stated..
Mase aku tulis title tu td aku dok igt kat bby aku sorg tu..
Ahmad Harith Mikael..
Mish him so much... ='(

Ok.. Sebenarnye blog aku ari ni bukan la nak cite pasal buah ati aku sorg tu..
Just pinjam ayat dia je jadikan title blog aku ari ni..

Abis tu blog Cik Nelly ni pasai apa?

Ye anak-2, sebenarnye blog Cik Nelly nie berunsur ketekanan *ade ke ayat tu?* aku kat sini..
Ade benda yg Cik Nelly rase tak masok akal jadi dr smalam..
Cik Nelly ingt dah settle la..
Tut2 pagi ni F*****R ni nak bangkit kan balik kes semalam..
Memang macam G*****G..

Paling Cik Nelly bengang bile si KILAT tu boleh jadik balaci bangsa lain..
Prghhh ikot je bontot dorang..
Macam haram kan kan kan?
Ikot bontot dorang, pijak anak bngsa sendiri..
Memang syiallll..!!!

So Cik Nelly rasa nak sangat lempang dorg lelaju..
Cik Nelly nak kick their ASS !!
Boleh tak?
Boleh laaa..
PLWWWWEEEEAAASSSSSEEEEE  mama !!!


-with love-

Wednesday, October 12, 2011

Panaaaazzz.. *Mintak simpang* ~

"Belum pun menginjak setahun perkahwinan aktres wanita & atlet negara ini, sudah kedengaran pula desas-desus mengenai hubungan mereka berdua yang bagaikan retak menanti belah. Dengar cerita, seluruh kampung sudah sedia maklum dengan perkhabaran yang tidak enak mengenai mereka berdua. Ada pihak yang berspekulasi kononnya faktor orang ketiga menjadi penyebabnya. Maklumlah, kedua-dua pasangan ini mempunyai rupa paras yang cantik & molek belaka.

Paling tidak enak didengar, ada pihak yang mendakwa kedua-dua pasangan ini sudah pun bercerai. Huh, minta sangat dijauhkan perkara itu. OHBULAN! masih lagi terbayang-bayang akan kemeriahan majlis perkahwinan pasangan ideal ini satu ketika dahulu.

Apabila spekulasi penceraian ini tersebar, ada pihak wartawan yang cuba mendapatkan penjelasan daripada aktres wanita ini. Namun, aktres wanita ini telah melarikan diri dan enggan dihubungi oleh mana-mana pihak. Mungkin, aktres wanita ini mempunyai alasannya tersendiri.

Andai kata masih ada cinta lagi dalam hati aktres wanita & atlet negara itu, OHBULAN! harap mereka cepat-cepat merujuk semula dan maklumkan kepada pihak berkaitan. Biasalah darah muda, darah panas. Dalam berumahtangga ni, kena ada give and take, okay! "

-= taken from OHBULAN..=-

p/s : Hope just gossip bongok je la kan.. Same2 la doakan yg terbaik.. Peace yaww~

-with love-

Friday, October 7, 2011

Jantung aku tercicir.. ~

Assalammualaikum & Hola..

Hey hey hey..

Just short and simple note for today..

" Oh Allah.. Jika sakit yg Kau berikan pada-Ku ini adalah sebagai tanda Kasih-Mu padaku, Aku redha Ya Allah.. Andai sakit yg Kau uji ini sebagai penghapus dosa ku.. Aku Redha Ya Allah.. Cuma satu pintaku, Kau kurniakanlah aku kesabaran dah ketabahan untuk menghadapi semua ini tanpa secalit keluhan yg bisa membuatkan aku kufur nikmat-mu Ya Allah.. Sesungguhnya padaMu aku memohon, padaMu aku meminta dan padaMu aku mengharapkan belas ihsan. Amin "

-with love-

Thursday, September 29, 2011

Kalau macam nie.. ~

Day    : Thursday
Date   : 29/09/2011
Time   :11 am onwards.

Argument between Cik Nelly and Renek + Kilat *bukan name sebenar*

-Nina, ni actually BUKAN la salah kite pun.. xde kene mengena ngan Cover Note tp the payment that Customer made for the insurnce and roadtax..

-Nina, sptutnye setiap payment kene issued resit no matter cash or cheque..

-Nina, payment customer ni dah betol tp "payee name' name salah..

-Nina, what you SHOULD do to settle up this matter?

-Nina, FYI, this payment had been made on 9th June 2011.. Its almost 4months..

-Nina, cm ne nak wat eh to collet payment tu balik.. Ade idea tak?

-Nina, nt tlg inform your staff SITI to be alert of this matter ok..

TETIBE BEBAL AKU MENJADI2.. WAH LEBIH NIE.. NAK SALAHKAN ORG PLAK..

-Macam ni lah RENEK + KILAT, benda ni tak leh nak salahkan kami.. Kami dah jalankan tugas kami... Sekarang ni lets see in the other side of thought k..

-Nape staff company tuh BODOH sgt? Cheque tu atas name sape n dia bank-in atas nama sape? Budak tadika pun tau beza antara dua nama tu.. Yg duk gatai g bank in gak sape suruh?

-Kalau kami tak bukak resit, nt kate kami tak alert ngan inflow and outflow of our aset.. Kot la salah kami, terlepas pandang.. Ape guna PEGAWAI ACCOUNT yang tinggi sbgai penapis kedua?

-Kenapa kes ni dah almost 4 bulan BARU NAK BANGKITKAN SEMULA??? Nape tak dr mula?

-Bukan ke dlm principle accountancy and financial kene wat  ACCOUNT CONSOLIDATE every month?? Awat amik mase lame sgt nak wat consolidate tu??

-Awat mase BOS BESAQ nak wat AUDIT baru korg nk kecoh cam nie?

-Nape kami kene bertangungjawab atas KESALAHAN org lain??

-If u guys pikir kami nie tak de keje kat bawah.. Think back.. We just give u A DAY duk kat bwh ni and handle everything form A to Z.. let see how far YOU CAN GO??

-Me and my staff wont responsible in every single loss that we will faced.. If our company need to cover the loss, TOLONG POTONG GAJI SEMUA STAFF ok and not just both of us..

-DO MIND your words and ATTITUTE yawww...!!!

-Sorry lah, Cik Nelly bukan nak kurang ajar tapi makin hari makin menjadi2.. Ape salah Kak Siti sampai sume kesalahan org nak letak kat die.. Owh Shit.. Cik Nelly takkan biarkan. Kami salah kami mengaku salah.. Tapi kalu org lain salah kami akan pertegakkan yg TU BUKAN SALAH KAMI.. sekian..

* KALAU MACAM NIE.. lebih baik aku jd boss korang..!! *

-with love-

Tuesday, September 27, 2011

Tak pe lahh ~

Assalammualaikum and Hola..

Nina, kesian kat kau kan.. Macam2 org buat kat kau     -Tak pe lahh

Nina, kau tak rasa nak balas dendam ke?                      -Tak pe lahh

Nina, nape dorang wat kau macam tak de prasaan?       -Tak pe lahh

Nina, mcm2 fitnah dorang buat tuk jatuh kan kau, tau?   -Tak pe lahh

Nina, sedih aku tgok kau sengsara..                               -Tak pe lahh

Nina, org slalu sakitkan ati kau.. kau boleh tahan?          -Tak pe lahh

Nina, mcm2 nama panggilan xelok dorg panggil kau..     -Tak pe lahh

Tak pe lahh.. tu je yg mampu aku coretkan..

Untuk ape berdendam and mencanang sesuatu yg tak benar?
Untuk ape bercakap atau menuduh perkara yg tak penah terjadi?
Untuk ape mempercaya kata2 yang dah biasa dgn dusta?
Untuk ape cepat melatah atas seseuatu yg melawakkan?
Untuk ape melawan atas sesuatu yg akan menunjukkan kelemahan kita?

Untuk ape?

Untuk membuktikan yg kita adalah yg terbaik?
Untuk membuktikan kita adalah yg paling sempurna?
Untuk membuktikan kita ni sangat naif?

Itu bukan cara aku..
Biar lah dorg nak kate aku ape skalipun..
Yang penting..
Org yag aku sayang tau spe aku sebenarnye..
Paling membahagiakan bila Allah lebih mengenali siapa hambanya yang kerdil yang bernama Nina Emi Liana..

Allahuakbar..

-with love-